Ugut pengusaha pelancongan, seorang suspek ditahan

Ugut pengusaha pelancongan, seorang suspek ditahan

NORHIZAM BAHAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki mengugut pasangan suami isteri yang juga pengusaha agensi pelancongan.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, suspek lelaki tempatan berusia 36 tahun ditahan pada pukul 5 petang tadi.

Beliau berkata, siasatan mendapati, suspek mengugut mangsa pada 22 Julai tahun lalu di di sebuah restoran di Dengkil, di sini.

“Siasatan awal mendapati, kejadian dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati suspek terhadap pengurusan membawa pelancong ke Jepun.

“Mangsa dan suspek saling mengenali kerana kedua-duanya terlibat dalam perniagaan agensi pelancongan, namun dari syarikat yang berlainan.

“Kejadian ugutan itu berlaku di sebuah restoran di sini dan satu laporan polis telah dibuat oleh pasangan suami isteri berkenaan pada awal tahun ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, pihaknya telah memohon kebenaran untuk menahan reman suspek di Mahkamah Majistret Sepang pagi esok bagi membantu siasatan.

Norhizam berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah, yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN