KUALA LUMPUR: Polis mengambil tindakan tegas terhadap pihak mencetuskan provokasi ketika berlangsungnya Himpunan Turun Anwar yang dijadual berlangsung di sekitar ibu negara, pada 26 Julai ini. Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, tindakan boleh diambil sekiranya mendapati terdapat sebarang ucapan atau provokasi dibuat sepanjang perhimpunan itu berlangsung. “Jangan bakar apa-apa benda termasuk suar seperti perhimpunan sebelum-sebelum ini. Jika ada apa-apa kesalahan dikesan, contohnya terdapat provokasi atau isu 3R (raja, kaum dan agama) dibangkitkan, kita akan ambil tindakan tegas,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Serah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya