KUALA TERENGGANU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman tiga pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini kerana disyaki menerima rasuah berjumlah kira-kira RM25,000 bagi meluluskan pelan bangunan. Perintah reman selama enam hari sehingga 2 Ogos ini dikeluarkan oleh Majistret Yuhanis Mohd. Roslan selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pagi ini. Menurut sumber, dua lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 40 hingga 50-an itu ditahan sekitar…










