Tiga lelaki diburu, curi kabel milik TM

Tiga lelaki diburu, curi kabel milik TM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Polis kini memburu tiga lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian kecurian kabel milik Telekom Malaysia (TM) susulan rakaman video tular di media sosial, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pihaknya menerima laporan daripada TM pada pukul 6.55 petang selepas menyedari video berdurasi 56 saat itu mula tersebar di Facebook sejak tengah hari tadi.

“Rakaman video itu menunjukkan sebuah kereta jenis Proton Perdana berwarna hitam dinaiki tiga lelaki sedang menarik kabel di sebuah taman perumahan di Dengkil.

“Siasatan awal mendapati suspek menggunakan nombor pendaftaran palsu dan kabel yang dicuri adalah kabel jenis cooper 100 pair overhead sepanjang 200 meter dengan anggaran kerugian RM10,000,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Norhizam berkata, usaha mengesan ketiga-tiga suspek kini sedang giat dijalankan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan.

Sebelum ini, satu rakaman video menunjukkan tiga lelaki melarikan diri selepas kantoi dirakam saksi ketika sedang menarik kabel di belakang lorong sebuah taman perumahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN