Tidak biar bumi Kelantan jadi tempat normalisasi maksiat 

Tidak biar bumi Kelantan jadi tempat normalisasi maksiat 

MOHAMED FADZLI HASSAN 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan negeri menubuhkan Jawatankuasa Menangani Gejala Sosial dan Maksiat dalam usaha mencegah aktiviti tidak bermoral termasuk gay kerana tidak pernah mengiktiraf sebarang bentuk budaya songsang yang bertentangan dengan Islam.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, perbuatan itu seperti amalan berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) adalah satu kemungkaran nyata yang mencabar fitrah, merosakkan akhlak serta menggugat keharmonian sosial.

“Bumi Kelantan tidak akan dibiarkan menjadi tempat normalisasi maksiat yang jelas diharamkan oleh Allah SWT,” katanya hari ini bagi  mengulas kejayaan Polis Kelantan menyerbu perjumpaan gay di Kemumin, dekat sini pada pertengahan Jun lalu.

Mohamed Fadzli berkata, dalam usaha membendung kemungkaran, kerajaan  negeri sudah menggubal dan menguatkuasakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I)Kelantan 2019 sebagai instrumen perundangan untuk menangani kesalahan syariah termasuk perlakuan liwat, musahaqah dan perbuatan tidak bermoral lain yang mencemarkan kesucian hidup beragama. 

Katanya, meskipun enakmen itu pernah menghadapi cabaran perundangan, kerajaan negeri bertekad meneruskan usaha meminda dan memperkukuh peruntukan itu agar lebih berkesan dalam membendung kemungkaran dan menegakkan hukum Allah SWT.

Terdahulu, Polis Kelantan dilapor menyerbu sebuah banglo di Kemumin, Pengkalan Chepa yang dijadikan sebagai lokasi penganjuran ‘pertemuan’ gay pada pertengahan Jun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN