Tiada pergerakan keluar remaja UK dari Malaysia

Tiada pergerakan keluar remaja UK dari Malaysia

ZAKARIA SHAABAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiada sebarang pergerakan keluar remaja lelaki warga United Kingdom (UK), David Balisong dari negara ini sejak dilaporkan hilang sejak 7 Jun lalu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, semakan lanjut pihaknya, tiada rekod keluar membabitkan remaja berusia 17 tahun melainkan kemasukannya ke negara ini.

“Setakat ini, semakan lanjut mendapati tiada rekod remaja itu telah keluar dari negara ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam pada itu, Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Fadil Marsus ketika dihubungi berkata, usaha mengesan keberadaan remaja itu giat dilakukan.

“Sekiranya terdapat petunjuk, kita (polis) akan maklumkan kemudian,” katanya .

Semalam, polis mengesahkan remaja lelaki  itu telah menghubungi ibunya menerusi hantaran emel pada 9 Julai. 

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya telah memeriksa kandungan emel itu dan mendapati dia meminta keluarganya supaya tidak bimbang dan jangan cuba mencarinya serta mendoakan semua waris supaya berjaya dalam kehidupan.

Selain itu, dia turut memohon maaf kerana melakukan perkara ini tanpa menyatakan bila akan pulang ke pangkuan ahli keluarganya.

David dilaporkan hilang selepas memasuki Malaysia pada 7 Jun lalu dikesan menaiki bas ke Stesen Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral).

Remaja berkenaan telah keluar dari kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebaik tiba di negara ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN