Tiada lagi alasan liat gosok gigi

Tiada lagi alasan liat gosok gigi

SETIAP botol Flavrs dibekalkan dalam pam boleh kitar semula.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Memberus gigi tidak lagi membosankan.

Flavrs, jenama tempatan penjagaan mulut Halal, tampil mencabar norma dengan memperkenalkan ubat gigi berperisa unik – Tropical Pandan, Coconut Breeze, Rosy Glow dan Lavender Smile yang diinspirasikan citarasa tempatan.

Diasaskan Stephy Sam, Flavrs menekankan formulasi bersih dan pembungkusan lestari, sambil mengetengahkan rekaan moden sebagai simbol gaya hidup baharu.

Katanya, di sebalik 100 prototaip yang diuji selama lima tahun, jenama berkenaan mensasarkan ubat gigi sebagai sebahagian daripada ekspresi budaya menjelang 2025, sejajar pasaran penjagaan diri negara yang dijangka mencecah RM7.14 bilion.

Tanpa fluorida, bebas SLS, tidak diuji ke atas haiwan dan diperakui halal, produk ini diperkaya dengan Nano-Hydroxyapatite, bahan pengganti fluorida yang popular di Jepun dan Eropah.

Kit permulaan empat perisa kini ditawarkan dengan harga promosi RM39.90 di laman rasmi www.flavrs.com.my. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN