PETALING JAYA: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman mengesahkan kewujudan bahan sintetik di dalam vape dan rokok elektrik namun tiada penemuan dadah ‘cendawan ajaib’ seperti yang digembar-gemburkan. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, tiada bukti rasmi ditemukan mengenai penjualan cendawan kering sebenar atau campuran dadah di dalam coklat atau gula-gula. Katanya, ini disahkan oleh Jabatan Kimia melalui ujian terhadap dadah yang dirampas JSJN…










