Terlampau kurus punca saya bina badan - Haidar Hasanudin - Utusan Malaysia

Terlampau kurus punca saya bina badan – Haidar Hasanudin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TIDAK dinafikan pada era kini, ramai menjadikan pusat sukan seperti gim sebagai tempat untuk
beriadah demi mengisi masa lapang. Kelengkapan khas yang disediakan di pusat tersebut juga memudahkan individu yang hadir untuk bersenam mengikut fokus atau keperluan yang
tuan empunya badan mahukan.

Ada yang pergi ke gim kerana mahu menurunkan berat badan, ada juga yang mendambakan bentuk
badan ideal dan berketak-ketak demi mencapai kepuasan diri. Berbeza pula dengan situasi yang
dialami pelakon, Haidar Hasanudin yang mengakui dirinya banyak meluangkan masa di gim kerana
mahu membina badan supaya tidak kelihatan terlampau kurus.

“Sejak zaman remaja lagi saya sering mengisi masa lapang dengan pergi ke gim untuk bersenam. Ini
kerana fizikal asal saya suatu ketika dahulu terlampau kurus.

“Walaupun saya makan banyak, badan tetap kurus. Jadi, hanya dengan gim yang boleh buat saya
naikkan berat badan.

“Jadi, target asal untuk dapatkan bentuk badan yang saya mahukan secara tidak langsung menjadi sebahagian daripada gaya hidup atau hobi pula,” katanya kepada Pancaindera.

Menurut pelakon yang berusia 36 tahun itu, rutin itu tetap dilakukannya setiap hari meskipun
hanya perlu membuat senaman ringkas seperti tekan tubi dan tarik tubuh.

“Bergantung pada jadual kerja, tapi saya akan cari masa. Kalau terlalu sibuk, saya hanya akan lakukannya di rumah sebab memang ada peralatan asas untuk bersenam.

“Tapi yang pasti, setiap pagi saya akan buat senaman pull up dan push up untuk kejutkan otot. Kemudian, baru saya akan bersiap untuk pergi bekerja,” jelasnya.

Ditanya mengenai cabaran yang dihadapinya untuk kekal konsisten, pelakon yang sedang meningkat
naik itu mengakui kekangan masa, stamina serta motivasi diri menjadi pengaruh kuat untuk dirinya putus
asa untuk mencapai objektif asal.

“Pada saya, aktiviti ini mencabar terutama apabila cuba capai target yang diimpikan atau menjalani latihan berat ketika badan sedang penat. Pernah sekali saya tersalah teknik masa angkat berat, terus cedera sikit di bahu.

“Pada masa sama, untuk kekalkan motivasi dan disiplin, terutamanya bila badan penat atau jadual padat
juga sukar. Tetapi saya selalu ingat balik kenapa saya mula dulu. Itu yang membantu diri saya terus konsisten.

“Lebih mencabar apabila kita perlu dapatkan bentuk tubuh yang bersesuaian dengan watak yang kita perlu mainkan. Jika ketika itu saya terlalu buff, saya akan kecilkan lagi badan. Dan begitu juga sebaliknya kalau tengah kurus, saya kena tebalkan semula badan,” kongsinya.

Sedar hasil untuk memiliki bentuk badan yang diinginkan tidak akan berlaku secara drastik, pelakon drama bersiri Lambaian Huda ini tetap berpuas hati dengan pencapaian yang dimilikinya hari ini.

Kata Haidar, usahanya bukan sahaja tertumpu di saat membina badan di gim, dia juga kerap bertukar pendapat dengan komuniti di pusat sukan itu dan melabur
untuk makanan sampingan atau supplemen.

“Saya juga banyak melaburkan duit saya untuk supplemen seperti protein, vitamin, yuran gim dan
peralatan asas untuk di rumah. Jadi jumlah keseluruhannya sekitar dalam RM2,000 ke RM3,000,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN