Tarian bogel: Polis panggil saksi program e-hati

Tarian bogel: Polis panggil saksi program e-hati

e-hati
MOHD. IQBAL IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Polis memanggil saksi-saksi berhubung dakwaan berlaku kejadian aksi berbogel dalam sebuah program dinamakan e-hati di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) bagi membantu siasatan, hari ini.

Insiden tersebut berlaku pada September tahun lalu melibatkan kira-kira 50 orang peserta yang terdiri dalam kalangan wanita sahaja.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pada Februari lalu polis menerima aduan daripada suami kepada salah seorang peserta berusia 39 tahun dan bekerja sebagai ejen insurans.

“Ya, polis menerima laporan berkaitan kejadian itu pada akhir bulan Februari lepas. Pada hari ini kita memanggil isteri pengadu beserta saksi-saksi lain di tempat kejadian untuk diambil keterangan.

“Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan kemudian termasuk tindakan susulan,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Tambahnya, polis turut memaklumkan perkara tersebut kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk tindakan di pihak jabatan tersebut.

“Kita perlu sahkan kejadian (aksi berbogel) itu berlaku atau tidak. Tetapi, jika ada saksi-saksi yang hendak tampil memberi keterangan selain ada video atau gambar amatlah dialu-alukan untuk membantu siasatan.

“Mana-mana saksi yang hendak tampip memberi beri keterangan boleh hadir ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam atau menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Anuar Amilah di talian 019-2255597,” ujarnya.

Terdahulu, tular satu hantaran daripada seorang pengguna dalam Facebook apabila terdapat penganjuran sebuah program yang dipercayai sebagai syirik pada September tahun lalu.

Menurutnya, peserta yang hadir program tersebut semuanya bertudung sebelum terdapat satu sesi khas dikendalikan oleh sebagai fasilitator terdiri daripada ahli peringkat tertinggi dalam pertubuhan tersebut dipanggil sebagai ‘Cleopatra’.

Kemudian, diikuti individu yang didakwa sebagai pengasas program tersebut dengan berani menanggalkan pakaian dan menari bersama-sama fasilitator.

Jelasnya, upacara itu dianggap sebagai satu kaedah membuang masalah dengan menanggalkan semua pakaian untuk menyertai aksi tersebut bersama fasilitator. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN