KOTA TINGGI: Sukan triathlon dilihat mampu menjadi satu platform terbaik untuk memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia yang kini berdepan krisis kesihatan membimbangkan. Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, penyertaan dalam sukan yang menggabungkan tiga cabang utama iaitu renang, berbasikal dan larian mampu menyemai disiplin serta meningkatkan tahap kecergasan individu. Beliau turut menekankan kepentingan menjadikan penyertaan dalam sukan itu sebagai budaya dan agenda nasional dalam…