Suasana pilu pengebumian Tishant

Suasana pilu pengebumian Tishant

KENDERAAN membawa jasad A. Tishant meninggalkan kediaman keluarganya di Bandar Seri Alam untuk dibawa ke Krematorium Hindu di Jalan Kebun Teh, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Suasana pilu menyelubungi kediaman nenek kepada mendiang A. Tishant iaitu kanak-kanak enam tahun dipercayai dijerut sehingga mati sebelum ditanam di Rompin, Jempol, Negeri Sembilan.

Kediaman tersebut mula dikunjungi ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat yang mahu memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang dengan sebahagian pengunjung yang hadir turut dilihat membawa jambangan bunga untuk dihadiahkan kepada mendiang.

Upacara keagamaan itu dimulakan seawal pukul 8 pagi, sebelum jasad mendiang dibawa ke Krematorium Hindu di Jalan Kebun Teh, di sini bagi upacara pembakaran mayat pada pukul 10.42 pagi.

Pada 24 Julai lalu, kanak-kanak tersebut dilaporkan hilang di Taman Bukit Indah, Iskandar Puteri, Johor, bagaimanapun polis menjumpai mayat kanak-kanak berkenaan ditanam di kawasan Rompin, Jempol empat hari kemudian susulan penahanan bapanya berusia 36 tahun.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof dilaporkan berkata, punca kematian Tishant disebabkan tekanan pada bahagian leher mangsa akibat jerutan pengikat kabel. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN