Suami 'provider'? Intan Najuwa pesan bincang dengan pasangan sebelum kahwin - Utusan Malaysia

Suami ‘provider’? Intan Najuwa pesan bincang dengan pasangan sebelum kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Intan Najuwa, menekankan kepentingan berbincang dengan bakal pasangan sebelum berkahwin agar masing-masing mempunyai perspektif yang sama tentang alam rumah tangga.

Jelas Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, perkara itu dilakukan sebelum membuat keputusan berkahwin dengan Datuk Ahmad Azraf Azman agar masing-masing faham akan peranan mereka dalam perkahwinan.

“Sejak belakangan ini, banyak topik tentang ‘husband provider’. Sebelum kahwin, saya bincang mengenai hal itu dengan suami mengenai cara uruskan kehidupan bersama.

“Kami bincang tentang masa depan, cara jadi ibu bapa dan bagaimana untuk membesarkan anak-anak,” tulisnya di Threads.

Tambah pelakon Setelah Ku Dimiliki itu, berfikiran jauh sebelum mengikat tali pernikahan amat penting di samping menasihati para isteri untuk tidak bergantung sepenuhnya kepada suami.

“Ya, saya selalu berfikir beratus langkah ke depan. Perkahwinan bukan mengenai cincin (ikatan) semata tetapi bagaimana membinanya bersama pasangan dan hadir dengan persefahaman yang sama.

“Sokong empayarnya tetapi dalam masa sama jangan lupa bina dan miliki empayar sendiri juga. Jangan pernah hilang diri sendiri,” katanya lagi.

Untuk info, Intan dan Azraf mendirikan rumah tangga pada 18 Ogos 2023.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Imane Lunara pada 15 Disember tahun lalu. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN