PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengenal pasti pemilikan aset-aset luar biasa membabitkan bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin bernilai tinggi di 11 negara dengan anggaran nilai melebihi RM3 bilion. SPRM menerusi Bahagian Operasi Khas (BOK) sedang giat melaksanakan tindakan siasatan dan penguatkuasaan dalam kes berprofil tinggi memfokuskan kepada penyitaan dan pelucuthakan aset-aset luar biasa yang berkaitan dengan Daim, isterinya, Toh Puan Na’imah Khalid, ahli keluarga dan…