Status kes Daim selepas dapat arahan Peguam Negara

Status kes Daim selepas dapat arahan Peguam Negara

ALLAHYARHAM DAIM ZAINUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Status kes bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin berhubung kegagalan me­ngisytiharkan beberapa hartanya hanya dapat diputuskan selepas mendapat arahan lanjut daripada Peguam Negara.

Pengarah Kanan Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata, arahan tersebut hanya boleh diminta selepas mendapat salinan sijil kematian bekas Menteri Kewangan terbabit.

“Kami (pendakwaan) kena tunggu sijil kematian dan akan mendapatkan arahan (lanjut) daripada Peguam Negara,” kata­nya yang juga ketua pendakwaan bagi kes tersebut ketika dihubu­ngi Utusan Malaysia, semalam.

Daim, 86, menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 8.21 pagi senmalam di Hospital Assunta, Petaling Jaya dekat sini.

Kes membabitkan Allahyarham Daim atau nama penuhnya Che Abdul Daim Zainuddin, 86, akan disebut di Mahkamah Sesyen pada 20 November ini.

Pada 29 Januari lalu, Daim mengaku tidak bersalah di mahkamah atas pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan 71 asetnya se­perti yang dikehendaki oleh Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM).

Aset-aset tersebut merangkumi satu bank akaun, tujuh buah kenderaan, 38 buah syarikat dan 25 hartanah atau tanah di bawah syarikat.

Perbuatan itu didakwa dilakukan oleh Daim pada 13 Di­sem­ber 2023 di Ibu Pejabat SPRM di Presint 7, Putrajaya dan beliau dituduh mengikut Seksyen 36(1)(a) ASPRM 2009 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan didenda maksimum RM100,000, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membebaskan Daim dengan jamin RM280,000 dengan seorang penjamin. Iste­rinya, Toh Puan Na’imah Khalid menjamin beliau.
Pada 17 Oktober lalu, Mahkamah Sesyen dimaklumkan bahawa Daim telah dima­sukkan ke hospital.

Pada prosiding terdahulu, mahkamah diberitahu Daim per­nah diserang angin ahmar beberapa tahun lalu dan turut kehilangan mata kiri akibat jangkitan kuman yang menyebabkan beliau perlu mengambil pelbagai jenis ubat.

Antara harta-harta yang didakwa gagal diisytihar ialah akaun bank Amanah Saham Nasional Berhad (ASB) dan Ama­nah Saham Nasional (ASN), tujuh kenderaan mewah iaitu sebuah kereta jenama Rolls Royce Royce 2 Axle Rigid Body, tiga Mercedes Benz dan masing-masing sebuah kereta jenama Jaguar XJS HE, Austin Morris Austin dan Ford Prefect.

Selain itu, terdapat 38 syarikat yang tidak diisytiharkan iaitu Ibu Kota Developments Sdn. Bhd., Maya Seni Holdings Sdn. Bhd., Menara Ampang Sdn. Bhd., Dream Cruiser Sdn. Bhd., Landbelt Corporation Sdn. Bhd., Kenari Teliti Sdn. Bhd., Fnq Advanced Materials Sdn. Bhd., Kota Tandop Development Sendirian Berhad, Alun-Alun Resort (M) Sdn. Bhd. dan Dasar Seroja Sdn. Bhd..

Syarikat lain ialah Gigantic Promotions Sdn. Bhd., Jupiter Alliance Sdn. Bhd., I­nayat Realty Sdn. Bhd., Suasa Urus Sdn. Bhd., Avillion Berhad, Meridian Haven Sdn. Bhd., Avillion Vista Hotel Sdn. Bhd., Vast Access Sdn. Bhd., Fortune Valley Sdn. Bhd., Reliance E-Com Sdn. Bhd., Admiral Marina Berhad, Golden Envoy (M) Sdn. Bhd., Mela Lifestyle Sdn. Bhd., AVI SPA Sdn. Bhd. dan Avillion Hotel Group Sdn. Bhd..

RPB Capital Holdings Sdn. Bhd., Genius Field Sdn. Bhd., Festive Place Sdn. Bhd., Avillion Suite Hotel (PD) Sdn. Bhd., Taman Unik Sdn. Bhd., Admiral Cove Development Sdn. Bhd., Nesline Sdn. Bhd., RPB Development Sdn. Bhd., OS Resources Sdn. Bhd., Avillion Hotel (Kl) Sdn. Bhd., Avillion Hotels International Sdn. Bhd., Admiral Hill Hotel Sdn. Bhd. dan Reliance Shipping & Travel Agencies (Perak) Sdn Berhad, turut tidak diisytiharkan.

Harta lain membabitkan 25 hartanah antaranya beberapa unit kondominium, rumah dan hotel melibatkan 18 di Kuala Lumpur dan Selangor, masing-masing tiga di Pahang dan Negeri Sembilan serta satu hartanah di Kedah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN