Solat sunat Istisqa, mohon hujan bersihkan ammonia

Solat sunat Istisqa, mohon hujan bersihkan ammonia

PIHAK Ranhill SAJ menganjurkan solat sunat istisqa di tapak LRA Sultan Ismail, Johor Bahru semalam bertujuan meminta agar hujan turun bagi membolehkan bekalan air bersih pulih daripada kesan ammonia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Syarikat operator air Johor, Ranhill SAJ menganjurkan solat sunat Istisqa hari ini bagi memohon agar diturunkan hujan di kawasan tadahan yang membekalkan sumber air mentah ke Loji Rawatan Air (LRA) Sultan Ismail, di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif Ranhill SAJ, Anuar Abdul Ghani berkata, ia berikutan kawasan berkenaan telah dilaporkan terjejas dengan pencemaran ammonia sejak kelmarin.

Menurutnya, solat sunat itu merupakan salah satu ikhtiar pihaknya bagi mengurangkan kesan pencemaran dan memulihkan bekalan air kepada pengguna di sekitar pusat bandar Johor Bahru dan Skudai.

“Pencemaran ammonia di sungai yang menjadi sumber bekalan air mentah kepada loji tersebut merupakan isu serius yang boleh memberi kesan buruk kepada alam sekitar dan kesihatan manusia. 

“Jika kepekatan ammonia tinggi, ia boleh mencemarkan air sungai dan menjadikannya berbahaya untuk digunakan,” katanya selepas mengadakan solat sunat tersebut, di sini semalam.

Solat Istisqa yang diadakan di loji berkenaan dipimpin Guru Takmir Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Mohd. Zunnurain Abdul Khohar dan disertai kakitangan syarikat itu serta masyarakat setempat.

Jelas Anuar, antara punca pencemaran ammonia adalah daripada sisa kumbahan, sisa industri serta aktiviti pertanian yang tidak dikawal, bagaimanapun pihaknya akan bekerjasama dengan agens berkaitan bagi mengenal pasti punca serta mengambil langkah mitigasi.

“Sejak Rabu lepas, hampir 40,000 akaun pengguna terjejas disebabkan kandungan ammonia melebihi piawaian selamat, menyebabkan sumber air mentah di loji itu tidak dapat diproses. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN