Sindiket bawa masuk PATI guna laluan laut tumpas

Sindiket bawa masuk PATI guna laluan laut tumpas

Sindiket membawa masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) menggunakan laluan laut yang tidak diwartakan tumpas.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sindiket membawa masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) menggunakan laluan laut yang tidak diwartakan tumpas selepas Pasukan Polis Marin (PPM) menahan sebuah bot pom-pom mencurigakan di perairan Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam awal pagi semalam.

Dalam operasi khas itu, sepasukan Unit Gempur Marin (Unggerin) bersama bot ronda RH 16, Spear 02 dan PSC 15 mengesan bot berkenaan kira-kira pukul 12.30 tengah malam pada jarak dua batu nautika dari pesisir pantai Sungai Pulai.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rusley Chi berkata, pemeriksaan lanjut mendapati 25 lelaki dan seorang wanita warga asing berada dalam bot berkenaan manakala tekong serta awak-awak cuba melarikan diri dengan terjun ke laut namun berjaya ditahan bot ronda PSC 15.

Beliau berkata, hasil soal siasat mendapati bot itu dipercayai diguna untuk menghantar PATI masuk ke negara ini melalui laluan laut yang tidak diwartakan.

Jelasnya, pasukan operasi kemudian menahan dua lagi warga Indonesia di pesisir Pantai Sungai Pulai pada pukul 1 pagi dipercayai menunggu bot untuk pulang ke negara asal melalui laluan sama.

“Turut dirampas dalam operasi itu ialah sebuah bot pom pom dianggarkan bernilai RM200,000. Kesemua suspek termasuk tekong dikenali sebagai Iyan dan awak-awak bernama Andi tidak mempunyai dokumen perjalanan sah, katanya.

Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007.

“Kesemua tangkapan dibawa ke Markas Operasi PPM Wilayah 1 Pelabuhan Klang sebelum diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam untuk tindakan lanjut,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN