SG4 diakui berkembang perlahan – Tun M

SG4 diakui berkembang perlahan – Tun M

DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketua Panel Penasihat State Government 4 (SG4), Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui perkembangan syarikat SG4 Group Sdn Bhd berkembang secara perlahan.

Menurut beliau, namun terdapat usaha sedang dijalankan ke arah memperkukuh SG4 terutamanya dalam mencari pelabur.

“Kita sedang berusaha untuk menarik pelabur tapi agak perlahan. Nanti akan ada satu usaha untuk menjayakan SG4,” katanya ringkas ketika ditemui selepas Sidang Meja Bulat ke-2 anjuran Sekretariat Pertahan Sistem Kehakiman di ibu negara, hari ini.

Sebelum ini, empat negeri dikuasai pembangkang iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis menubuhkan syarikat SG4 bagi berkongsi kekayaan dan mengagihkan hasil kepada secara saksama dan masing-masing memiliki 25 peratus saham.

Syarikat SG4 tertumpu kepada usaha menarik pelaburan dan memanfaatkan rezab besar unsur nadir bumi (REE), tanah pertanian untuk pengeluaran makanan, di samping pembangunan industri tenaga hijau.

Ia mempunyai lima kluster utama iaitu infrastruktur dan logistik; perdagangan, pelaburan dan industri; pertanian dan sekuriti makanan; pendidikan dan modal insan serta sumber pendapatan baharu.

Terdahulu, Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, syarikat itu telah menarik minat pelabur dari Korea Selatan, Jepun dan China.

Beliau berkata SG4 boleh menyediakan zon perindustrian yang lebih besar dan lebih banyak pilihan kos efektif, ketika pembangunan di negeri lain di Pantai Barat sudah hampir tepu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN