Semua tren beroperasi seperti biasa esok - KTMB

Semua tren beroperasi seperti biasa esok – KTMB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Semua perkhidmatan tren kendalian Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan beroperasi seperti biasa pada 26 Julai ini, susulan saranan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Memuatkan artikel berkaitan…

KTMB dalam satu kenyataan memaklumkan, perkhidmatan tren KTM Komuter dan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) akan berjalan mengikut jadual asal pada hari Sabtu dengan keutamaan diberikan kepada kelancaran perjalanan serta keselamatan pengguna.

“KTMB menyambut baik kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa semua perkhidmatan pengangkutan awam, termasuk tren dan stesen KTMB akan beroperasi seperti biasa.

“Kami memberi jaminan bahawa semua perkhidmatan tren akan beroperasi mengikut jadual asal bagi memastikan pengalaman perjalanan yang selamat dan selesa kepada pengguna,” katanya.

Bagi melancarkan pergerakan, KTMB menasihatkan orang ramai agar merancang perjalanan lebih awal dan menyemak jadual tren di laman rasmi KTMB atau menerusi aplikasi KTM Mobile (KITS).

Pengguna turut digalakkan membuat pembelian tiket serta semakan masa sebenar ketibaan tren melalui MyRailtime, selain membuat bayaran tanpa tunai menggunakan kad debit, kad kredit, e-dompet atau Touch ’n Go.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan menerusi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-9779 1200 atau melalui saluran media sosial rasmi KTMB. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN