Semua jalan masuk ke kawasan projek SMG ditutup

Semua jalan masuk ke kawasan projek SMG ditutup

IZHAM HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Jalan masuk ke lokasi projek di tepi Sungai Klang yang mana dua kanak-kanak ditemukan lemas di Seksyen 24 di sini telah ditutup bagi memastikan ia tidak diceroboh lagi oleh mana-mana pihak.

Memuatkan artikel berkaitan…

Exco Infrastruktur dan Pertanian negeri, Datuk Izham Hashim berkata, projek tersebut masih belum bermula namun kerja-kerja membuat penampan (buffer) telah dilakukan di kawasan tersebut hingga menghasilkan kolam takungan.

“Bila ada ‘buffer’, air telah bertakung di situ. Sebenarnya projek itu belum bermula, ia bukan di kawasan tepi tetapi di dalam sungai.

“Kita telah beri arahan, semua projek SMG di Sungai Klang ini jika melibatkan kawasan penduduk ia perlu ditutup (daripada diakses). Jangan beri ruang langsung (untuk sesiapa masuk),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Produk Sejuk Beku Jenama Ehsan di Wisma PKPS, di sini hari ini.

Utusan Malaysia 18 Julai lalu melaporkan dua kanak-kanak lelaki ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam parit di Jalan Cili Merah, Seksyen 24 di sini.

Identiti mangsa dikenal pasti sebagai Che Syazwan Irwan Shah, 12, dan Arshidayan Arijanto berusia sembilan tahun.

Izham berkata, setakat ini lima projek dalam skala kecil di tepi Sungai Klang melibatkan SMG akan dijalankan sepenuhnya tidak lama lagi.

Mengulas mengenai program tersebut beliau berkata, selain 12 produk sejuk beku seperti popia dan Carbonara, PKPS turut akan memasarkan minyak bunga matahari untuk pasaran tempatan dan dieksport ke Australia dua minggu lagi.

“Sebanyak dua kontena minyak bunga matahari akan dieksport ke Australia. Dua kontena tersebut beratnya sekitar 30 tan.

“Selepas Australia kita akan menyasarkan negara lain selepas ini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN