SHAH ALAM: Jalan masuk ke lokasi projek di tepi Sungai Klang yang mana dua kanak-kanak ditemukan lemas di Seksyen 24 di sini telah ditutup bagi memastikan ia tidak diceroboh lagi oleh mana-mana pihak. Exco Infrastruktur dan Pertanian negeri, Datuk Izham Hashim berkata, projek tersebut masih belum bermula namun kerja-kerja membuat penampan (buffer) telah dilakukan di kawasan tersebut hingga menghasilkan kolam takungan. “Bila ada ‘buffer’, air telah bertakung di situ. Sebenarnya…










