Seluar pendek hijau G-Dragon di Kuala Lumpur jadi perhatian - Utusan Malaysia

Seluar pendek hijau G-Dragon di Kuala Lumpur jadi perhatian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi popular Korea Selatan, G-Dragon dilaporkan selamat tiba di Kuala Lumpur pada Jumaat untuk konsert jelajahnya Übermensch World Tour 2025 selama dua hari di Malaysia.

Seperti selalu, ahli kumpulan Big Bang itu sering menjadi perhatian kerana menampilkan fesyen di lapangan terbang yang memukau dan berlainan.

Namun ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, penyanyi itu dilihat sangat santai bahkan pertama kali tampil memakai seluar pendek hijau-biru sebagai ‘airport outfit’.

Selain seluar pendek, penyanyi yang juga dipanggil ikon fesyen Korea Selatan itu menyarungkan kemeja, kasut jenis loafer hitam dan beg berjenama berwarna putih.

“Dia macam tahu Malaysia tengah panas gila,” tulis satu peminat.

“GD datang Malaysia pakai seluar pendek saja. Kita punyalah beriya beli baju baru kalau pergi luar negara,” tulis seorang peminat.

“Itu seluar renangkah?” tanya satu komen.

Konsert G-Dragon dijadualkan berlangsung dua hari iaitu 19 dan 20 Julai 2025 di Axiata Arena, Bukit Jalil dan tiket sudah habis terjual.

Difahamkan, peminat sudah memenuhi perkarangan stadium sejak pagi bagi menonton konsert ahli Big Bang itu.

Selain Malaysia, lokasi lain konsert jelajah G-Dragon ialah Tokyo, Taipei, Macau, Sydney dan Jakarta. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN