Selamat hari jadi ke-100 Tun Dr. Mahathir

Selamat hari jadi ke-100 Tun Dr. Mahathir

DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyambut ulang tahun kelahiran ke-100 pada hari ini.

Negarawan itu sekali gus mencipta rekod sebagai bekas Perdana Menteri Tertua Masih Hidup.

Beliau dilahirkan pada 10 Julai 1925 di Kampung Seberang Perak, Alor Setar, Kedah pernah menjadi Perdana Menteri yang keempat pada 16 Julai 1981 iaitu paling lama mentadbir negara iaitu selama 22 tahun. 

Pada 2018, setelah gabungan politik beliau memenangi pilihan raya ke-14 (PRU14), Dr Mahathir dilantik sekali lagi sebagai Perdana Menteri yang ketujuh.

Meskipun beliau kini telah bersara daripada dunia politik, negarawan itu masih aktif memberikan pandangan dan kritikan pedas sama ada menerusi tulisan dan program bual bicara.

Selain dalam arena politik, Dr Mahathir cukup ‘disegani’ kerana masih mengekalkan kesihatannya dan aktif dengan sentiasa menjaga pemakanan dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Dalam beberapa program yang dianjurkan sebelum ini, Dr. Mahathir tidak lokek berkongsi petua untuk panjang umur dan kekal sihat.

“Orang selalu bertanya saya bagaimana saya boleh hidup hingga sekarang, jawapannya mudah saja, jangan terlebih makan, jangan makan terlalu banyak,” katanya.

Dalam program berasingan, Dr Mahathir dipetik berkata, untuk mereka yang mahu panjang umur adalah ‘seseorang itu patut makan untuk hidup dan bukan hidup untuk makan.’

Malah beliau pernah berkata, dirinya amat menghormati masa, membaca dan menulis secara konsisten serta melakukan aktiviti fizikal secara berkala untuk mengekalkan kecergasan.  

Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak selama dua tahun sebelum memasuki sekolah Inggeris kerajaan yang kemudian bertukar nama kepada Kolej Sultan Abdul Hamid, Kedah.

Pada 1947, Dr. Mahathir memasuki Kolej Perubatan King Edward VII di Singapura di atas biasiswa kerajaan, kemudian pada tahun 1953, beliau lulus sebagai doktor dan berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Hospital Besar Alor Setar.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN