Sejak bila kita seronok mengata, kutuk orang berjemaah - Uyaina Arshad

Sejak bila kita seronok mengata, kutuk orang berjemaah – Uyaina Arshad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad, kesal dengan segelintir individu yang melakukan tindakan buli siber terhadapnya.

Uyaina atau Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 32, mengakui ini bukan pertama kali dia berhadapan kritikan, namun semalam, tindakan itu dianggap melampau kerana bersifat serangan peribadi.

“Sejak bila masyarakat kita seronok mengutuk dan mengata orang berjemaah macam begini? Adakah sikap ini masih diterima di tahun 2025?

“Saya faham, kita tak boleh nak buat semua orang suka kita. Kalau sepanjang sembilan tahun mengacara atau berlakon, ada yang tak suka, itu hak masing-masing, saya minta maaf.

“Yang penting, saya jalankan tanggungjawab sebagai pengacara sebaiknya dan menghiburkan, menyampaikan ilmu manfaat yang berguna kepada masyarakat juga sebaiknya.

“Mana komen yang boleh saya perbaiki diri, saya akan cuba perbaiki. Tapi komen serang peribadi itu adalah buli siber,” tulisnya menerusi hantaran di media sosial.

Uyaina berkata demikian bagi memberi respons beberapa individu yang meluahkan rasa tidak puas hati kepada pengacara itu di media sosial.

Tegas Uyaina, dia bersyukur kerana dikurniakan sistem sokongan yang baik terutama keluarga yang selalu menguatkannya.

“Nasib baik saya ada ‘support system’ dan mental yang kuat  membuatkan saya abaikan dan tak terkesan dengan kata orang.

“Tapi cuba fikir macam mana kalau ada yang sendirian hadapi semua ini? Kata-kata yang tajam ni akan buat mereka depresi dan mahu bunuh diri?

“Pernah tak terfikir? ayuhlah jadi lebih baik daripada ini,” tulisnya – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN