‘Scammer’ konsert hanya ada 24 jam sebelum saya heret ke balai - Sufi Rashid - Utusan Malaysia

‘Scammer’ konsert hanya ada 24 jam sebelum saya heret ke balai – Sufi Rashid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penganjur konsert dan Pengarah Urusan SAH Entertainment, Sufi Rashid, memberi tempoh masa 24 jam kepada ‘scammer’ bernama Afiq Zikri untuk tampil mengaku silap menipu 11 orang pembeli tiket konsert band Insomniacks, Echoes of a Dream di Kuala Lumpur.

Menurut Sufi, pihaknya sudah mempunyai segala butiran ‘scammer’ tersebut iaitu alamat lengkap, nama penuh, nombor telefon malah sudah menghantar e-mel amaran kepada Afiq Zikri untuk tampil membetulkan kesilapan.

“Ada 11 orang peminat ditipu oleh ‘scammer’ bernama Afiq Zikri yang menjual tiket konsert di sesi siaran langsung aplikasi TikTok. Kami sudah mempunyai butiran lelaki tersebut. Sekarang, saya beri masa 24 jam sahaja untuk dia tampil atau respons e-mel yang kami hantar. 

“Kami cuma mahu Afiq pulangkan semula wang yang diambil kepada pembeli.

“Jika tidak, saya akan heret dia ke balai. Biar polis selesaikan. Orang begini kita tidak boleh ‘beri muka’ sangat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia

Dalam pada itu, Sufi turut menasihati peminat agar tidak membeli tiket konsert yang telah diumumkan habis dijual daripada pihak tidak sah bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.

“Sebenarnya kita tidak boleh nak salahkan ‘scammer’. Pembeli pun salah, sudah banyak kali kami beritahu jika tiket konsert sudah habis terjual, jangan beli daripada orang lain. Jangan mahu cuba nasib.

“Kalau anda betul mahukan tiket, caranya e-mel sahaja kepada penganjur. Selalunya kami akan simpan tiket untuk ahli keluarga atau penaja. Namun tiket itu akan kami jual sekiranya ada antara mereka yang tidak dapat hadir. 

“Satu lagi, elak beli tiket di saat akhir. Contohnya untuk konsert Insomniacks, tiket mereka habis terjual baik untuk konsert di Malaysia dan Singapura. Jika ada tiket lebih, kami akan respons e-mel mengikut senarai menunggu,” jelasnya.

Terdahulu, Konsert Echoes of a Dream: Insomniacks Live in Concert telah berlangsung pada Sabtu lalu di Zepp Kuala Lumpur. 

Konsert tersebut juga dijadualkan berlangsung di Capitol Theatre, Singapura pada 16 Ogos hadapan. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN