MELAKA: Seorang anggota polis berpangkat sarjan didenda RM3,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas kesalahan menerima rasuah berjumlah RM2,000 daripada seorang wanita tanpa balasan, empat tahun lalu. Hakim Elesabet Paya Wan membuat keputusan itu selepas tertuduh, Muhammad Hazwan Ahad, 37, menukar pengakuan kepada bersalah pada sebutan semula kes berkenaan. Mahkamah turut mengarah tertuduh dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda tersebut. Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh…










