MELAKA: Seorang wanita yang hamil lima bulan dihukum penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas kesalahan menyamun seutas rantai emas bernilai RM12,000, Mei lalu. Hakim Haderiah Siri membuat keputusan itu selepas menerima pengakuan salah tertuduh, Jasila Jamaruddin, 31, sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah. Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa telah merampas seutas rantai tangan emas bernilai RM12,000 daripada tangan seorang wanita berusia 42 tahun di hadapan sebuah…