Rosli tanam 18 jenis anggur di Kampung Bemban

Rosli tanam 18 jenis anggur di Kampung Bemban

ROSLI Lazim bersama Siti Nur Ain menunjukkan buah anggur yang ditanam di rumah mereka di Kampung Bemban, Kuala Pilah semalam. – UTUSAN/NOR SHAFIQAH MOHD. GHAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Masih ramai yang tidak menyangka bahawa buah anggur boleh berbuah dengan baik dalam keadaan iklim tropika di negara ini.

Banyak pihak yang telah berjaya mengusahakan tanaman anggur di negara termasuk seorang penduduk di Kampung Bemban di sini, Rosli Lazim, 59.

Katanya, dia kini berjaya menanam sebanyak 18 jenis buah anggur di kawasan rumahnya sejak tahun lalu.

“Pada awalnya, saya hanya ingin cuba-cuba sahaja untuk menanam anggur sehingga berbuah selepas melawat ladang anggur rakan di Cameron Highland. Saya rasa seronok apabila tengok buah itu tumbuh dengan banyak.

“Selepas pulang, saya terus teringin hendak cabar diri untuk menanam anggur sehingga ia berbuah sendiri di rumah. Alhamdulillah, usaha tersebut membuahkan hasil apabila saya kini berjaya menuai sebanyak 180 tangkai anggur yang ditanam,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Katanya, antara jenis anggur yang berjaya ditanamnya adalah seperti kopidon, isabella, ninel, angelica, monarch dan anggur hijau.

“Saya akui penjagaan buah anggur ini agak rumit, ia sensitif dengan air hujan kerana air hujan yang banyak boleh merosakkan pokok. Kalau mahu siram air pun tidak boleh terlalu banyak kerana boleh memberikan kesan kepada kualiti buah, saya kini hanya menggunakan baja organik dan air ikan sahaja,” katanya.

Sementara itu, Rosli berkata, dia sememangnya ada perancangan membuka sebuah ladang anggur di kampungnya itu bersama anaknya, Siti Nur Ain, 26, yang turut mempunyai minat yang sama.

Siti Nur Ain berkata, dia akan membantu bapanya de­ngan ilmu pertanian yang telah dipelajari ketika menuntut di Kolej Vokasional Datuk Maharaja Lela, Rembau.

“Ayah memang cakap dia hendak buktikan anggur pun boleh hidup di kawasan kampung. Sebab dulu ramai orang kata mustahil, tetapi saya berbangga kerana usaha ayah akhirnya membuahkan hasil.” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN