RMK13 fokus pacu pertumbuhan ekonomi negara

RMK13 fokus pacu pertumbuhan ekonomi negara

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan memfokuskan kepada pembangunan sektor hiliran bagi memacu pertumbuhan ekonomi negara sekali gus meningkatkan sumber pendapatan rakyat.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, tumpuan itu merupakan antara teras utama dalam kerangka Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) yang berlandaskan prinsip Ekonomi Madani yang dibentangkan esok.

“Kita akan fokus kepada beberapa sektor dan industri yang memberi nilai tambah serta penciptaan nilai dan fokusnya kepada sektor hiliran. Itu secara umum sahaja, butiran yang lebih terperinci akan dibentangkan pada esok.

“Apa yang jelas, asas kepada Rancangan Malaysia ke-13 ialah kerangka Ekonomi Madani, yang kita ambil sebagai prinsip untuk meningkatkan ekonomi negara juga pendapatan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Persidangan Ketersambungan Antarabangsa 2025 (ICC2025) di sini, hari ini.

RMK13 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merangka dasar pembangunan Malaysia bagi tempoh lima tahun akan datang, dari 2026 hingga 2030.

Ia merupakan pelan terakhir dalam kerangka untuk melonjak Malaysia sebagai status negara maju berpendapatan tinggi yang inklusif dan mampan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN