RM3.3 juta bantu Orang Asli beli barang perlu harga murah

RM3.3 juta bantu Orang Asli beli barang perlu harga murah

AZMAN Ismail (dua dari kanan) melihat Mohd. Syahbuddin Hashim (tiga dari kanan) mengisi minyak petrol di pos bekalan bahan api di Pos Brooke, Gua Musang, Kelantan, hari ini.- UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Penduduk Orang Asli di pedalaman Gua Musang tidak lagi perlu membayar harga melambung untuk barang asas apabila kerajaan memperuntukkan lebih RM3.3 juta menerusi Program Pengedaran Barang Perlu di Pos Brooke dan Kuala Betis.

Pengarah Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Kelantan, Azman Ismail berkata, program selama tiga tahunsehingga 2027 itu memfokuskan kepada enam barangan keperluan asas yang dijual pada harga sama dengan harga kawasan bandar.

Katanya, penyeragaman harga barangan itu membabitkan enam jenis barangan utama iaitu, beras putih, gula putih, tepung gandum, minyak masak, gas petroleum cecair (LPG) dan petrol RON95.

“Kerajaan menanggung sepenuhnya kos pengangkutan bagi enam jenis barangan yang menjadi keperluan asas kepada penduduk. Perkhidmatan pengangkutan dilaksanakan oleh syarikat pengangkutan yang dilantik dan bertanggungjawab membawa barangan daripada pusat sumber bekalan (point of source) ke pusat penjualan di kawasan pedalaman.

“Anggaran kos kontrak bagi pelaksanaan program ini sepanjang tempoh tiga tahun adalah lebih 1.18 juta di Kuala Betis dan lebih RM2,18 juta bagi Pos Brooke,” katanya pada Program Pengedaran Barang Perlu yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim, di Dewan Terbuka Pos Brooke di sini, hari ini.

Sementara itu, Mohd. Syahbuddin memberitahu, program itu dijangka memberi manfaat besar kepada lebih 9,000 masyarakat luar bandar di Pos Brooke dan Kuala Betis selain dapat mengurangkan perbezaan harga barangan asas antara kawasan bandar dan pedalaman. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN