RAUB: Bantuan tunai RM100 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah satu bentuk penghargaan kepada seluruh rakyat, termasuk golongan dewasa yang sebelum ini tidak layak menerima inisiatif sedemikian. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, bantuan secara sekali beri melalui program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) itu bukan hanya bersifat kebajikan, malah menunjukkan keterbukaan kerajaan dalam menyantuni semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang atau lokasi tempat tinggal. Kata beliau, langkah itu selari dengan usaha kerajaan untuk meringankan beban sara hidup rakyat, terutama dalam suasana ekonomi yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya