KUALA LUMPUR: Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) memperuntukkan sebanyak RM264.91 juta bagi program Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) bertujuan membantu pekebun kecil berdepan cuaca tidak menentu. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, bantuan itu dijangka membantu lebih 330,000 penerima di seluruh negara. Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, pemberian itu meliputi semua pekebun kecil termasuk yang berdaftar di bawah Lembaga Kemajuan…










