Riena Diana pilih nama Islam Keith Foo - Utusan Malaysia

Riena Diana pilih nama Islam Keith Foo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Keith Foo memaklumkan buat masa ini sedang perlahan-lahan untuk mendalami dan mempelajari tentang agama Islam.

Kata aktor tersebut, proses itu menjadi lebih mudah dengan bimbingan teman wanitanya iaitu pelakon Riena Diana yang turut berkongsi banyak ilmu berkenaan perkara tersebut.

“Saya membaca dan mengkaji mengenai agama Islam sebelum mengenali Riena lagi. Selepas kami bersama, dia jugalah yang banyak membantu memberi kefahaman tentang agama ini.

“Saya masih dalam proses belajar. Cuma sekarang ini apa yang saya harapkan adalah doa dari semua. Kita tengok tahun depan macam mana,” katanya.

Keith berkata demikian pada sidang media dan pengumuman pencalonan Anugerah Melodi Terhangat, semalam.

Riena yang turut hadir ke majlis itu memaklumkan dia dan Keith belum bersedia berkongsi mengenai perancangan untuk membawa hubungan mereka ke fasa seterusnya.

“Sebenarnya ada beberapa hal yang kami belum sedia untuk kongsikan kepada umum. Tentu sekali banyak berita gembira.

“Cuma yang boleh saya kongsikan adalah Keith membenarkan saya untuk buat pilihan nama Islamnya.

“Jadi nama pun sudah ada, cuma belum masanya kami ceritakan kepada umum. Apa pun saya gembira untuk dia,” jelasnya.

Dalam masa yang sama Riena juga memaklumkan mengenai pilihan teman lelakinya itu yang enggan tergesa-gesa mendirikan rumah tangga.

“Mengikut perancangan, dia mahu peluk Islam terlebih dahulu dan ambil masa untuk dalami banyak perkara tentang agama sebelum kami berkahwin.

“Kami tak mahu orang salah tafsir dan menganggap Keith masuk Islam semata-mata kerana mahu berkahwin,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN