Reman suspek bunuh wanita hamil disambung

Reman suspek bunuh wanita hamil disambung

TERTUDUH diiringi polis semasa hadir ke Mahkamah Pasir Mas, Kelantan untuk dapatkan perintah tahanan reman. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Tahanan reman ke atas suspek bunuh wanita hamil tujuh bulan yang ditembak pada perut sebelum mayatnya ditinggalkan dalam kereta di Kampung Teresek, Repek di sini tiga tahun lalu disambung seminggu lagi, bermula esok.

Perintah reman ke atas suspek yang berasal dari Kampung Pak Jak dikeluarkan Majistret Syed Farid Syed Ali. Permohonan reman itu dibuat bagi membolehkan polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Suspek yang memakai baju lokap berwarna ungu tiba di mahkamah dengan menaiki trak polis kira-kira pukul 8.42  pagi.

Sebelum ini Utusan Malaysia melaporkan, selepas tiga tahun menjadi buruan polis, seorang lelaki yang dikenali  akhirnya berjaya ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan seorang wanita hamil pada 2022 lalu.

Dia ditahan pegawai dan anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) di jalan Bukit Lata, di sini pada pukul 7 petang p[ada 23 Julai lalu. Media sebelum ini melaporkan,  hasrat seorang wanita yang sarat hamil untuk mengurut tidak kesampaian apabila dia maut selepas terkena tembakan pada perut di Repek pada 3 Jun 2022.

Mayat Farrah Emirah Mazlan, 26, yang juga ibu tiga anak berusia tiga hingga 10 tahun ditemukan kira-kira pukul 4 petang dalam keadaan terbaring di tempat duduk kereta jenis Nissan Cefiro.

Siasatan polis mendapati, mangsa dipercayai ditembak dengan sepucuk pistol jenis semiauto .380 berdasarkan penemuan kelongsong peluru di dalam kereta tersebut. Peniaga kedai runcit itu dipercayai dalam perjalanan untuk mengurut di Kampung Teresek dan mayatnya ditemukan kira-kira 15 kilometer dari rumahnya di Kampung Bukit Lata. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×