PASIR MAS: Lima suspek termasuk pasangan suami isteri yang ditahan selepas dipercayai terlibat kegiatan pengedaran dadah jenis pil kuda seberat 35.4 kilogram (kg) dengan nilai RM5.04 juta, minggu lalu disambung reman tujuh hari. Perintah tahanan reman terhadap kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 25 tahun hingga 39 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Wan Ashrul Afham Azmi sehingga 11 Julai ini. Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, semua suspek sebelum ini sudah ditahan reman tujuh hari bermula 28 Jun lalu. Menurutnya, permohonan lanjutan reman itu dijalankan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya