KUALA LUMPUR: Kabinet sebulat suara membuat keputusan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan atas faktor usia beliau yang sudah lanjut. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, meskipun kerajaan berpandangan keputusan Dr. Mahathir pada 2018 yang tidak meneruskan semakan kehakiman terhadap tuntutan ke atas Pulau Batu Puteh adalah satu kesilapan namun tindakan undang-undang…