‘Rasa macam mahu ‘free hair’ semula, hujung-hujung dah iman saya’ - Utusan Malaysia

‘Rasa macam mahu ‘free hair’ semula, hujung-hujung dah iman saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bagai sedang melalui fasa sukar, pelakon, Kilafairy seolah memberi gambaran imannya kini berada dititik paling terendah selepas terdetik untuk membuka hijab kembali.

Pun begitu, Kila atau nama penuhnya Syakila Nisa Jahangir Khan, 33, tidak bertindak melulu sebaliknya berpegang teguh dengan tekadnya untuk melakukan sesuatu perkara kerana Allah.

“Kenapa rasa macam mahu ‘free hair’ (buka tudung) semula? Tetapi bila fikir semula tentang perkara ini, kenapa saya perlu puaskan hati manusia?

“Sepatutnya kena buat segalanya kerana Allah, bukan manusia,” tulisnya menerusi sebuah hantaran di Threads.

Dalam hantaran sama, Kila turut memohon orang ramai mendoakannya agar tidak terlalu hanyut mengikut nafsu selain sedar perjuangan untuk kekal istiqamah tidak mudah.

“Sekarang baru faham kenapa orang kata istiqamah itu susah. Astaghfirullahal’azim Ya Allah kuatkanlah iman aku. Doakan saya. Hujung-hujung dah iman saya. Doa mama sudah tiada,” luahnya.

Dalam masa sama, anak kepada Allahyarham Rohana Jalil itu turut berkongsi foto terkininya yang sedang menangis selepas membaca komen netizen.

“Saya, selepas baca mesej kalian. Saya sayang kalian,” tulisnya.

Pada Jun 2020, Kilafairy mengejutkan industri hiburan tanah air selepas dirinya membuat keputusan untuk berhijab dan tampil anggun mengenakan pakaian muslimah.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN