PETALING JAYA: Rapid Bus menjalankan siasatan berhubung insiden membabitkan bas perantara Aliran Transit Massa (MRT) dan sekumpulan penunggang basikal yang tular di media sosial baru-baru ini. Rapid Bus menerusi kenyataan memaklumkan, kejadian itu berlaku apabila pemandu bas terpaksa memberhentikan kenderaan selepas laluan dihalang sekumpulan penunggang basikal yang mengayuh secara berkumpulan di hadapan bas terbabit. “Terdapat penunggang yang memasuki lorong kiri dan menghalang laluan bas menyebabkan kapten bas (pemandu) memberhentikan kenderaan dan menegur kumpulan terbabit. “Namun, berlaku perselisihan faham antara mereka sebelum pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang kebetulan melalui jalan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya