Rangka mekanisme khusus bagi kawal penggunaan nikotin

Rangka mekanisme khusus bagi kawal penggunaan nikotin

nikotin
Dr. Alias Razak
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta merangka mekanisme khusus bagi mengawal penggunaan nikotin dalam kalangan belia selepas mengecualikan bahan terbabit dalam Akta Racun 1952.

Datuk Dr. Alias Razak (PN-Kuala Nerus), berkata, ini termasuk mengkategorikan semula nikotin dalam senarai racun.

Katanya, Kementerian Kesihatan perlu menetapkan semula kandungan nikotin yang sesuai dalam produk komersial dan yang mana kadar itu tidak memberi kemudaratan kesihatan pengguna.

“Sehingga kini kita belum melihat garis panduan yang jelas berkenaan had atau kepekatan nikotin yang dibenarkan dalam penduduk seperti vape yang membuka ruang produk kepada produk dengan paras nikotin yang tinggi.

“Ia menyebabkan ketagihan lebih pantas dalam kalangan anak muda berbanding rokok, akibat pengeluaran nikotin dari senarai racun, industri vape ini tidak terkawal dan tiada piawaian keselamatan jelas,” katanya pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang Racun (Pindaan) 2025 di Dewan Rakyat, hari ini, turut membangkitkan aspek penguatkuasaan akta tersebut.

Beliau berkata, pindaan itu menetapkan maksud pegawai yang diberi kuasa kepada pihak polis dari mana-mana pangkat dan individu yang dilantik oleh Menteri Kesihatan bertujuan memperkukuhkan peguatkuasaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN