Ramai sudah jadi mangsa buli, kali ini buku bertemu ruas - Nabila Huda

Ramai sudah jadi mangsa buli, kali ini buku bertemu ruas – Nabila Huda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Terus mengundang perhatian, aktres terkenal, Nabila Huda menyeru seorang wanita untuk tampil menyebelahi suaminya yang sedang berdepan dengan kemelut yang menggugat keharmonian dalam industri hiburan.

Tidak memetik nama mana-mana pihak, Nabila menerusi sebuah perkongsian di aplikasi X turut menyifatkan individu itu seorang yang jahat kerana enggan bertanggungjawab terhadap kekacauan yang dilakukan.

“Mana ‘betina’ yang punca porak peranda ni? Senyap saja. Duit nak, kaya nak, beg tangan mahal nak… Status datin nak, semua kau dapat.

“Tapi kau biarkan saja nama suami kau kena caci dengan tahi yang kau dah buat. Jahatnya!,” katanya.

Nabila bagaimanapun berpuas hati apabila ada pihak yang berani menentang kejahatan yang telah dilakukan oleh wanita berkenaan malah turut menimbulkan rasa kurang senang terhadap individu lain.

“Buat malu saja, tapi kali ini baru betul. Buku bertemu ruas. Ramai sebenarnya dah jadi mangsa buli dan maki kau. Tapi tak boleh nak bersuara.

“Bila-bila masa saja sebenarnya nak bersuara tapi orang semua terlalu menghormati suami kau. Lambat lagi orang nak takut dengan kau,” ujarnya.

Dalam hantaran sama, pelakon drama Lelaki Itu itu juga sempat memuji keperibadian seseorang yang dipercayai bapanya, Datuk Amy Search yang dikatakan seorang yang baik dan tenang.

“Saya kenal dia. Dia bukan macam itu. Dia seorang yang baik dan tenang. Semua sifat rendah diri, karakter yang ada dalam diri saya, datang dari dia.

“Sejak kecil lagi dia selalu ajar saya untuk sentiasa menjadi orang yang merendah diri,” ciapnya.

Meskipun perkongsian tersebut berbaur sindiran, rata-rata netizen mendakwa hantaran itu berkait rapat dengan insiden yang melibatkan rakan baiknya, Shila Amzah dan penyanyi rock lagenda itu.

Pada Khamis lalu, Shila mendedahkan dirinya telah membuat sebuah laporan polis selepas diserang seorang penyanyi lagenda ketika menjalani sesi raptai bagi sebuah konsert.

Menerusi sebuah kenyataan media semalam, Shila mendedahkan bahawa penyanyi lagenda yang dimaksudkan tempoh hari lalu adalah Datuk Amy Search.

Difahamkan serangan tersebut berlaku kerana penyanyi lagenda tersebut tidak berpuas hati apabila ada campur tangan masalah keluarga.

Shila bagaimanapun menafikan dakwaan kononnya dia mencampuri urusan keluarga penyanyi legenda tersebut sebaliknya, hanya menyokong kenyataan yang dimuat naik Nabila yang berkait rapat dengan kisah hidupnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN