KUALA LUMPUR: Gerakan Ekonomi Malaysia (GEM) menyifatkan pelaksanaan skim Rakan KKM sebagai dasar ‘songsang’, berisiko tinggi serta membuka jalan kepada penswastaan secara senyap sistem kesihatan awam negara. Presiden GEM, Dr. Armin Baniaz Pahamin berkata, langkah membenarkan pesakit membayar untuk mendapat akses rawatan lebih cepat di hospital kerajaan merupakan satu pengkhianatan terhadap prinsip asas kesihatan sejagat, iaitu bahawa rawatan seharusnya diberikan mengikut keperluan perubatan, bukan kemampuan kewangan. Katanya, pelaksanaan skim itu…