PETALING JAYA: Inisiatif Rakan Kementerian Kesihatan (KKM) yang diumumkan baru-baru ini bukanlah satu bentuk penswastaan sistem kesihatan, sebaliknya kekal sebagai inisiatif milik dan kawalan kerajaan sepenuhnya. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, perkara itu susulan kekeliruan dan kebimbangan yang timbul dalam kalangan orang ramai mengenai status sebenar Rakan KKM. Beliau berkata, status entiti awam atau swasta perlu dilihat daripada lima aspek utama iaitu pemilikan, kawalan, sumber pembiayaan, agihan…