PRN Sabah: Perbincangan sudah ada, keputusan belum dimuktamadkan-UMNO

PRN Sabah: Perbincangan sudah ada, keputusan belum dimuktamadkan-UMNO

AHMAD Zahid Hamidi bersalaman dengan ahli UMNO yang hadir ke Mesyuarat Agung UMNO Bahagian Tanah Merah, Kelantan hari ini-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: UMNO mengesahkan parti itu sudah mengadakan perbincangan dengan semua parti yang terlibat dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Presidennya Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun berkata, UMNO masih belum membuat sebarang keputusan berhubung perkara tersebut.

“Sunggguhpun begitu, untuk PRN Sabah ini, UMNO telah bersiap sedia sejak tahun lalu lagi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tanah Merah di sini hari ini.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah akan terbubar secara automatik pada 11 November ini sekali gus memberi laluan untuk PRN Sabah ke-17.

Pada PRN ke-16 yang lalu, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dianggotai Perikatan Nasional (PN) memenangi 17 kerusi berbanding Barisan Nasional (BN) sebanyak 14 kerusi, manakala Parti Bersatu Sabah (PBS) menawan tujuh kerusi.

Susulan itu, GRS secara rasmi membentuk kerajaan negeri baharu di Sabah selepas memenangi 38 kerusi dalam PRN Sabah pada tahun 2020.

120725-Klt-Zahid PRNSabah-Done Online

AHMAD Zahid Hamidi bersalaman dengan ahli UMNO yang hadir ke Mesyuarat Agung UMNO Bahagian Tanah Merah, Kelantan hari ini-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH.

-Habis-

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN