PETALING JAYA: Polis menyiasat kejadian penunggang motosikal dipercayai cedera selepas terkena tali layang-layang yang merentang di tengah jalan di Jalan Lingkaran Tengah 2, Kepong di sini sehingga tular di media sosial. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd Isa berkata, pihaknya terkesan satu rakaman video tular di media sosial berkaitan seorang penunggang motosikal terkena tali layang-layang itu hari ini. Menurutnya, siasatan awal mendapati…