PETALING JAYA: Seorang wanita warga Taiwan sedang dikesan polis berhubung dakwaannya telah diperas ugut oleh anggota polis ketika ditahan dalam sekatan jalan raya di SS2, di sini, pada 7 Julai lalu. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, pihaknya turut mendapatkan bantuan daripada pihak Wisma Putra untuk mengesan wanita itu. Menurutnya, pihaknya juga sudah merakam keterangan lima anggota yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu dan ketua polis…










