SUNGAI PETANI: Tindakan seorang anggota polis yang kerap mengambil cuti sakit membawa kepada terbongkarnya kegiatan sindiket menghasil dan menjual sijil cuti sakit palsu di daerah ini. Sindiket membabitkan tiga lelaki termasuk seorang daripada mereka merupakan pesakit jantung itu tumpas selepas satu siasatan dalaman dijalankan terhadap anggota terbabit yang sering bercuti. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, sebaik menerima maklumat dari pegawai perubatan kerajaan yang meragui kesahihan…










