PM tegas komitmen Malaysia tolak Islamofobia

PM tegas komitmen Malaysia tolak Islamofobia

YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim, semasa pertemuan bersama Naib Presiden Persatuan Komuniti Islam Itali (COREIS), Imam Yahya Pallavicini dan Setiausaha Agung Pusat Kebudayaan Islam Itali–Masjid Besar Rom, Abdellah Redouane, semasa lawatan kerja di Rom, Itali.. 2 Julai 2025. AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri. NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This handout photos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri menegaskan komitmen Malaysia dalam menolak sekeras-kerasnya sebarang bentuk Islamofobia dan usaha mendiskriminasi umat Islam di peringkat global.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penegasan itu dinyatakan semasa pertemuan beliau bersama komuniti Islam di Itali, sempena hari kedua lawatan kerja rasmi ke negara berkenaan semalam.

Pertemuan itu berlangsung bersama Naib Presiden Persatuan Komuniti Islam Itali (COREIS), Imam Yahya Pallavicini dan Setiausaha Agung Pusat Kebudayaan Islam Itali–Masjid Besar Rom, Abdellah Redouane.

Menurutnya, perbincangan menyentuh pelbagai usaha memperkukuh pembangunan ummah termasuk keperluan menangani isu Islamofobia secara bijaksana dan berhemah.

“Saya tekankan komitmen Malaysia dalam memartabatkan Islam yang menekankan nilai kesederhanaan, toleransi dan keharmonian menerusi pendidikan, dakwah serta kerjasama antarabangsa,” katanya/

Sebagai tanda ukhuwah dan solidariti, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada komuniti Islam di Itali termasuk menyerahkan senaskhah al-Quran edisi khas serta 10 naskhah terjemahan dalam bahasa Itali sebagai simbol penyebaran ilmu dan persaudaraan sejagat.

Lawatan kerja Anwar Ibrahim ke Itali turut menyaksikan beberapa pertemuan penting bagi memperkukuh hubungan ekonomi dan pelaburan antara Malaysia dan Itali.

Dalam perkembangan berkaitan, Datuk Seri Anwar turut berkesempatan bertemu dengan pasukan penterjemah buku Asian Renaissance ke dalam bahasa Itali.

Jelasnya, inisiatif tersebut merupakan satu langkah penting dalam mempererat jalinan intelektual antara Timur dan Barat serta memperluas kefahaman tentang gagasan Malaysia yang mengangkat pembangunan berasaskan nilai sejagat.

Lawatan Anwar ke Itali dijangka terus membuka ruang kerjasama pelbagai sektor antara kedua-dua negara, selain memperkukuh hubungan antara masyarakat Islam di peringkat antarabangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN