DUNGUN: “Kami sekeluarga sudah biasa ikat perut, makan nasi berkuahkan kicap sahaja kerana kadangkala tiada wang untuk beli lauk,” luah Zailawati Ismail, 41, ibu tunggal dari Felda Jerangau yang menghidap Endometriosis kronik sejak enam tahun lalu. Selepas suaminya meninggal dunia akibat ditimpa dahan semasa menebang pokok, Zailawati memikul tanggungjawab membesarkan tiga anak berusia antara 12 hingga 19 tahun. Keadaan kesihatannya yang lemah menyebabkan dia tidak mampu bekerja, sebaliknya hanya bergantung…