KUALA LUMPUR: Ada di antara peserta Himpunan Turun Anwar di ibu negara hari ini dilihat turut membawa kanak-kanak. Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar kompleks beli-belah Sogo iaitu salah satu lokasi peserta himpunan itu berkumpul mendapati peserta membawa anak masing-masing sekali gus melanggar larangan yang dibuat pihak polis sebelum ini. Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad sebelum ini menegaskan larangan membawa kanak-kanak ke himpunan itu bertujuan memastikan…










