Perolehan aset pertahanan secara G2G berbeza bagi setiap

Perolehan aset pertahanan secara G2G berbeza bagi setiap negara

MOHAMED Khaled Nordin (tengah) ketika meninjau kemajuan pembinaan tiga kapal LMS milik TLDM dekat Istanbul Shipyard di Istanbul, Turkiye semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL, Turkiye: Malaysia menggunakan kaedah berbeza terhadap negara antarabangsa bagi perolehan kerajaan kepada kerajaan (G2G) untuk produk pertahanan dengan keutamaan diberikan kepada negara yang mahu membantu membangunkan industri pertahanan tempatan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini kerana setiap negara antarabangsa memberi reaksi berbeza dalam membantu Malaysia untuk membangun industri pertahanan tempatan.

“Maka tentunya kita lihat pada negara sahabat, kita lihat pada negara yang memang ada niat dan ikhlas untuk membantu.

“Jadi, tentunya perolehan (aset pertahanan) akan dibuat berasaskan kepada kaedah-kaedah yang berbeza antara setiap negara,” katanya selepas meninjau kemajuan pembinaan tiga Kapal Misi Pesisir (LMS) Kelompok Kedua untuk kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Istanbul Shipyard, semalam.

Pembinaan ketiga-tiga kapal itu yang dibina oleh syarikat pertahanan Turkiye Savunma Teknolojileri Muhendislik (STM) dilaksanakan melalui pendekatan antara kerajaan (G2G) melibatkan Malaysia dan Turkiye.

Mohamed Khaled berkata, ada negara antarabangsa lain turut memohon kepada Malaysia bagi menandatangani perjanjian perolehan, namun perkara itu terus diberi penelitian menyeluruh.

“Memang ada negara memohon untuk menandatangani perjanjian perolehan secara G2G, tetapi kita bukan sahaja melihat kepada soal harga kerana perolehan melalui kaedah itu memberi kebaikan lain termasuk jaminan serta kesempurnaan projek.

“Namun, walaupun kadang-kadang ada kerjasama perolehan G2G, soal menbantu negara untuk mempunyai keupayaan dalam industri pertahanan mungkin berbeza daripada segi tahap dan kesanggupan mengubah,” katanya.

Mohamed Khaled menzahirkan rasa berpuas hati terhadap status pembinaan LMS Kelompok Kedua di mana prosesnya disifatkan berada pada tahap seperti dirancang.

Katanya, LMS pertama dijangka diluncurkan pada April tahun depan diikuti kapal kedua pada Jun dan ketiga pada Ogos 2026. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN